Pembelajaran pelajar di IPT amat berbeza denagn pembelajaran pada peringkat persekolahan.Pelajar perlu mempunyai penyesuaian sosial yang tinggi dengan pensyarah dan persekitaran untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pendidikan.Penyesuaian ialah proses adaptasi. Penyesuaian berlaku dalam pelbagai aspek seperti sikap, tingkah laku, hubungan dengan masyarakat dan cara kehidupan.Penyesuaian sosial ialah keupayaan individu menyesuaikan diri dalam kelompok sosial baharu.
KEMAHIRAN INTERPERSONAL
Kemahiran antara perseorangan atau kemahiran interpersonal merujuk kepada algoritma mental dan berkomunikasi yang digunakan semasa komunikasi dan interaksi sosial untuk mencapai kesan atau keputusan tertentu. Konsep asas yang berkaitan dengan komunikasi interpersonal ialah seperti konsep kendiri, sikap, sahsiah, nilai dan matlamat. Ia akan membantu mewujudkan seorang individu yang berkebolehan dan berkeyakinan semasa berinteraksi dengan persekitarannya.
Cara-cara membangunkan Kemahiran Interpersonal :
- Fokus kepada kemahiran komunikasi yang asas.
- Mempertingkatkan kemahiran komunikasi ke tahap yang lebih tinggi dengan mengenali halangan-halangan dan batasan komunikasi yang wujud.
- Merenung ke dalam diri anda.
- Berlatih dan aplikasikan kemahiran interpersonal dalam pelbagai situasi.
- Membuat refleksi ke atas pengalaman yang dilalui dan membuat penambahbaikan.
KEMAHIRAN INTRAPERSONAL
Mengikut London(2018),kemahiran intrapersonal melibatkan kemahiran komunikasi yang berlaku dalam minda seseorang. Kemahiran intrapersonal ialah keupayaan kognitif seseorang untuk memahami dan mengenali sendiri. Kemahiran ini membolehkan seseorang mempelajari tentang perkembangan dirinya dari semasa ke semasa. Individu yang mempunyai kemahiran intrapersonal dapat mengenali diri sendiri secara mendalam serta mempunyai tanggapan tentang kekuatan dan kelemahan sendiri. Dengan mengenali kekuatan dan kelemahan diri, mereka dapat menentukan hala tuju kehidupan.
Kemahiran intrapersonal juga merangkumi beberapa kemahiran seperti yang berikut :
- kesedaran emosi sendiri.
- bersifat asertif
- berdikari
- penerimaan kendiri
- penyempurnaan kendiri
Antara aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh pelajar-pelajar untuk
memperbaiki kemahiran intrapersonal ialah:
(a) Menyimpan jurnal atau diari;
(b) Menghuraikan perasaannya terhadap sesuatu mata pelajaran;
(c) Menilai kerja sendiri;
(d) Mengisi borang;
(e) Menulis pengalaman manis atau pahit yang pernah dialami;
(f) Menghuraikan kekuatan/kelemahan sendiri;
(g) Melaksanakan projek secara individu;
(h) Menulis berkenaan sejarah keluarga sendiri;
(i) Membuat refleksi secara senyap;
(j) Menggunakan teknik metakognitif(menyedari teknik pembelajaran
sendiri dan dapat menjelaskannya);
(k) Menggunakan kemahiran memerhati atau memfokus; dan
(l) Menggunakan kemahiran menaakul.
PELAJAR SEBAGAI AHLI KOMUNITI PEMBELAJARAN
· Komuniti pembelajaran merupakan persekitaran yang melibatkan hubungan kerjasama antara manusia yang memungkinkan berlakunya perubahan tingkah laku.
· Persekitaran ini melibatkan unsur kerjasama, bantu-membantu, perkongsian alat/idea, perasaan saling, persaingan yang sihat dan sebagainya.
· Komuniti pembelajaran juga adalah tempat pelajar mendapatkan ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai dan sikap yang baik.
· Komuniti pembelajaran professional di sebuah IPG terdiri daripada pensyarah yang berkongsi kepakaran, bekerja secara kolaboratif. memperbaiki kemhiran pedagogi dan meningkatkan pencapaian akademik pelajarnya.
ISU-ISU PERKONGSIAN MAKLUMAT
Pengurusan ICT di sekolah ini tidak akan menimbulkan banyak masalah sekiranya kita mengetahui cara-cara serta langkah keselamatan yang perlu diambil untuk melindungi bahan-bahan ICT serta semua maklumat yang penting yang dikendalikan. Penggunaan ICT dalam P&P boleh dijalankan oleh semua guru dan jugadalam semua mata pelajaran sekiranya kita mengetahui cara-cara pengendalian peralatan ICT dengan betul. Pada hari ini, kita dapati banyak bahan P&P yang boleh diperolehi daripada internet samaada untuk diguna pakai dalam P&P atau untuk dijadikan rujukan bagi menambahkan maklumat kita sendiri. Semua bahan-bahan ini boleh dimuat turun melalui laman web yang tertentu. Kita juga boleh berkongsi maklumat-maklumat bersama pengguna-pengguna yang lain melalui muat naik bahan-bahan ke laman web yang tertentu. Pengetahuan yang luas dalam bidang ICT ini bukan sahaja dapat menambahkan maklumat, malah kita juga dapat berkongsi maklumat melalui aplikasi-aplikasi yang tertentu yang terdapat dalam ICT. Salah satu aplikasi tersebut adalah seperti penggunaan blog, yang sedang saya diperaktikkan ini,dengan penggunaan blog kita bukan sahaja dapat berkongsi dalam penyampaian maklumat tersebut, malah kita juga dapat berhubung secara terus bersama individu-individu yang mnyalurkan maklumat tersebut. Oleh itu, sekiranya terdapat sebarang masalah berkaitan maklumat yang dikongsikan kita boleh berbincang atau bertanyakan individu tersebut secara terus. Inilah salah satu kemajuan dalam ICT yang dapat kita temui pada hari ini.
a. BLOG
· Membolehkan pelajar mempunyai kemahiran menggunakan sumber
maklumat internet.
· Meningkatkan motivasi untuk bergiat aktif dalam proses pembelajaran.
· Membina pemikiran kritis melalui penggunaan ruang komen.
· Merupakan portal kreativiti dan inisiatif sendiri kerana idea yang baik
mendapat markah yang lebih baik dari pensyarah.
b. FACEBOOK
· Menghubungkan pelajar dan pensyarah secara tidak langsung melalui komuniti pembelajaran.
· Menggalakkan penglibatan aktif pelajar dengan cara yang berbeza dengan kelas biasa.
· Meningkatkan interaksi antara pensyarah/guru dengan pelajar dan
sesama pelajar dalam bentuk komunikasi berasaskan web.
· Dapat berkongsi nota-nota atau buah fikiran dari rakan-rakan yang lain.
· Digunakan untuk muat naik gambar, memberikan tag nama kepada
gambar, melihat orang lain, serta menulis komen dan anotasi gambar.
· Boleh membina set gambar untuk menyusun dengan mudah dan
menyertai kumpulan topik perbincangan bagi memupuk kesedaran
berkomuniti.
· Memberi peluang kepada pelajar yang menceburi bidang fotografi dan subjek seni.
c. TWITTER
· Siaran teks dengan jumlah 140 aksara yang dipaparkan pada profil pengguna Format Tweet yang ringkas.
· Penggunaan twitter tidak perlu saling berutus e-mel atau pesanan sms.
· Lingkungan hubungan dengan rakan-rakan twitter dapat diperluaskan.
ISU GENDER DALAM KECEMERLANGAN AKADEMIK
1.Perbezaan prestasi akademik di kalangan pelajar lelaki dan perempuan dalam sistem akademik.
2.Keputusan peperiksaan awam (UPSR, PT3, dan SPM) pada setiap tahun menunjukan pelajar perempuan memperoleh prestasi yang lebih baik berbanding pelajar lelaki dalam hampir kesemua mata pelajaran.
3.Dapatan kajian mendapati pelajar perempuan lebih baik dalam tugasan yang memerlukan penghafalan fakta danperaturan yang jelas.
4.Pelajar lelaki lebih cenderung kepada tugasan berbentuk terbuka yang berkaitan dengan situasi yang realistik dan praktikal.
5.Berlakunya ketidakseimbangan gender di universiti dan dalam struktur kerajaan.
6.Faktor gender memberikan kelebihan semula jadi kepada wanita kerana kadar ingatan mereka lebih tinggi daripada lelaki.
7.Bentuk sistem pendidikan yang mementingkan ingatan.
1.Perbezaan prestasi akademik di kalangan pelajar lelaki dan perempuan dalam sistem akademik.
2.Keputusan peperiksaan awam (UPSR, PT3, dan SPM) pada setiap tahun menunjukan pelajar perempuan memperoleh prestasi yang lebih baik berbanding pelajar lelaki dalam hampir kesemua mata pelajaran.
3.Dapatan kajian mendapati pelajar perempuan lebih baik dalam tugasan yang memerlukan penghafalan fakta danperaturan yang jelas.
4.Pelajar lelaki lebih cenderung kepada tugasan berbentuk terbuka yang berkaitan dengan situasi yang realistik dan praktikal.
5.Berlakunya ketidakseimbangan gender di universiti dan dalam struktur kerajaan.
6.Faktor gender memberikan kelebihan semula jadi kepada wanita kerana kadar ingatan mereka lebih tinggi daripada lelaki.
7.Bentuk sistem pendidikan yang mementingkan ingatan.
Gender adalah perbezaan sifat, peranan, fungsi, dan status antara lelaki dan perempuan.
Peranan antara lelaki dan perempuan berubah mengikut budaya, keadaan dan situasi di mana mereka berada. Di Malaysia, terdapat Dasar Wanita Negara dan Pelan Tindakan Kemajuan Wanita.
Tujuannya adalah untuk :
· membela dan memartabatkan peranan wanita dalam sesuatu komuniti.
· meningkatkan penyertaan wanita dalam pengajian formal melalui program kaunseling kerjaya.
· Dalam masyarakat tradisional, peranan wanita adalah terhad sebagai pembantu (supporting role) kepada kaum lelaki.
· Wanita diberi hak yang sama dalam pelbagai aspek, misalnya pelajar lelaki dan wanita diberi peluang yang sama untuk meneruskan pendidikan mereka ke peringkat universiti.
· Wanita telah mendominasi sistem pendidikan di Malaysia.
· Kemasukan pelajar baru ke IPTA dikuasai oleh pelajar wanita.
· Rancangan Malaysia ke-10, jumlah pemegang ijazah pertama dikuasai wanita.
· Kegiatan yang negatif mungkin menyebabkan ramai pelajar lelaki yang tercicir dalam pendidikan.
· Ramai dalam kalangan remaja lelaki yang terbabit dalam kegiatan negatif ditangkap dan diamsukkan ke pusat serenti dan penjara juvana.
· Sehubungan itu, wanita sekarang mencari calon pasangan yang mempunyai kekukuhan kewangan.
RUMUSAN
Penyesuaian sosial dalam kalangan pelajar IPT ialah penyesuaian yang amat penting. Penyesuaian sosial yang berkesan dapat :
- Membentuk sebuah komuniti pembelajaran pelajar di samping menunjukkan kepekaan kepada peranan isu-isu gender yang berlaku.Proses ini memudahkan segala perkongsian maklumat,ilmu pengetahuan dan pelaksanaan tugasan dalam kalangan pelajar IPT.
- Menggalakan perkongsian maklumat,ilmu pengetahuan dan pelaksanaan tugasan dijalankan pada tahap yang paling maksimum.Dengan menggunakan kemahiran interpersonal dan intrapersonal yang terbaik,penyesuaian sosial dalam kalangan pelajar dapat dipermudahkan.
No comments:
Post a Comment