Wednesday, September 4, 2019

PENYESUAIAN SOSIAL

PENGENALAN

Pembelajaran pelajar di IPT amat berbeza denagn pembelajaran pada peringkat persekolahan.Pelajar perlu mempunyai penyesuaian sosial yang tinggi dengan pensyarah dan persekitaran untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pendidikan.Penyesuaian ialah proses adaptasi. Penyesuaian berlaku dalam pelbagai aspek seperti sikap, tingkah laku, hubungan dengan masyarakat dan cara kehidupan.Penyesuaian sosial ialah keupayaan individu menyesuaikan diri dalam kelompok sosial baharu.




KEMAHIRAN INTERPERSONAL

 Kemahiran antara perseorangan atau kemahiran interpersonal merujuk kepada algoritma mental dan berkomunikasi yang digunakan semasa komunikasi dan interaksi sosial untuk mencapai kesan atau keputusan tertentu. Konsep asas yang berkaitan dengan komunikasi interpersonal ialah seperti konsep kendiri, sikap, sahsiah, nilai dan matlamat. Ia akan membantu mewujudkan seorang individu yang berkebolehan dan berkeyakinan semasa berinteraksi dengan persekitarannya.

Cara-cara membangunkan Kemahiran Interpersonal :

  • Fokus kepada kemahiran komunikasi yang asas.
  • Mempertingkatkan kemahiran komunikasi ke tahap yang lebih tinggi dengan mengenali halangan-halangan dan batasan komunikasi yang wujud.
  • Merenung ke dalam diri anda.
  • Berlatih dan aplikasikan kemahiran interpersonal dalam pelbagai situasi.
  • Membuat refleksi ke atas pengalaman yang dilalui dan membuat penambahbaikan.



KEMAHIRAN INTRAPERSONAL 
Mengikut London(2018),kemahiran intrapersonal melibatkan kemahiran komunikasi yang berlaku dalam minda seseorang.  Kemahiran intrapersonal ialah keupayaan kognitif seseorang untuk memahami dan mengenali sendiri. Kemahiran ini membolehkan seseorang mempelajari tentang perkembangan dirinya dari semasa ke semasa. Individu yang mempunyai kemahiran intrapersonal dapat mengenali diri sendiri secara mendalam serta mempunyai tanggapan tentang kekuatan dan kelemahan sendiri.  Dengan mengenali kekuatan dan kelemahan diri, mereka dapat menentukan hala tuju kehidupan.
       
      Kemahiran intrapersonal juga merangkumi beberapa kemahiran seperti yang berikut :
        

  •         kesedaran emosi sendiri.
  •         bersifat asertif
  •         berdikari
  •        penerimaan kendiri 
  •        penyempurnaan kendiri



Antara aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh pelajar-pelajar untuk
memperbaiki kemahiran intrapersonal ialah:

(a) Menyimpan jurnal atau diari;
(b) Menghuraikan perasaannya terhadap sesuatu mata pelajaran;
(c) Menilai kerja sendiri;
(d) Mengisi borang;
(e) Menulis pengalaman manis atau pahit yang pernah dialami;
(f) Menghuraikan kekuatan/kelemahan sendiri;
(g) Melaksanakan projek secara individu;
(h) Menulis berkenaan sejarah keluarga sendiri;
(i) Membuat refleksi secara senyap;
(j) Menggunakan teknik metakognitif(menyedari teknik pembelajaran
      sendiri dan dapat menjelaskannya);
(k) Menggunakan kemahiran memerhati atau memfokus; dan
(l) Menggunakan kemahiran menaakul.



PELAJAR SEBAGAI AHLI KOMUNITI PEMBELAJARAN

·         Komuniti pembelajaran merupakan persekitaran yang melibatkan hubungan kerjasama antara manusia yang memungkinkan berlakunya perubahan tingkah laku.
·         Persekitaran ini melibatkan unsur kerjasama, bantu-membantu, perkongsian alat/idea, perasaan saling, persaingan yang sihat dan sebagainya.
·         Komuniti pembelajaran juga adalah tempat pelajar mendapatkan ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai dan sikap yang baik.
·         Komuniti pembelajaran professional di sebuah IPG terdiri daripada pensyarah yang berkongsi kepakaran, bekerja secara kolaboratif. memperbaiki kemhiran pedagogi dan meningkatkan pencapaian akademik pelajarnya.

ISU-ISU PERKONGSIAN MAKLUMAT

      Pengurusan ICT di sekolah ini tidak akan menimbulkan banyak masalah sekiranya kita mengetahui cara-cara serta langkah keselamatan yang perlu diambil untuk melindungi bahan-bahan ICT serta semua maklumat yang penting yang dikendalikan. Penggunaan ICT dalam P&P boleh dijalankan oleh semua guru dan jugadalam semua mata pelajaran sekiranya kita mengetahui cara-cara pengendalian peralatan ICT dengan betul. Pada hari ini, kita dapati banyak bahan P&P yang boleh diperolehi daripada internet samaada untuk diguna pakai dalam P&P atau untuk dijadikan rujukan bagi menambahkan maklumat kita sendiri. Semua bahan-bahan ini boleh dimuat turun melalui laman web yang tertentu. Kita juga boleh berkongsi maklumat-maklumat bersama pengguna-pengguna yang lain melalui muat naik bahan-bahan ke laman web yang tertentu. Pengetahuan yang luas dalam bidang ICT ini bukan sahaja dapat menambahkan maklumat, malah kita juga dapat berkongsi maklumat melalui aplikasi-aplikasi yang tertentu yang terdapat dalam ICT. Salah satu aplikasi tersebut adalah seperti penggunaan blog, yang sedang saya diperaktikkan ini,dengan penggunaan blog kita bukan sahaja dapat berkongsi dalam penyampaian maklumat tersebut, malah kita juga dapat berhubung secara terus bersama individu-individu yang mnyalurkan maklumat tersebut. Oleh itu, sekiranya terdapat sebarang masalah berkaitan maklumat yang dikongsikan kita boleh berbincang atau bertanyakan individu tersebut secara terus. Inilah salah satu kemajuan dalam ICT yang dapat kita temui pada hari ini.


a. BLOG

·         Membolehkan pelajar mempunyai kemahiran menggunakan sumber
              maklumat internet.
·         Meningkatkan motivasi untuk bergiat aktif dalam proses pembelajaran.
·         Membina pemikiran kritis melalui penggunaan ruang komen.
·         Merupakan portal kreativiti dan inisiatif sendiri kerana idea yang baik
              mendapat markah yang lebih baik dari pensyarah.






b. FACEBOOK

·         Menghubungkan pelajar dan pensyarah secara tidak langsung melalui komuniti pembelajaran.
·         Menggalakkan penglibatan aktif pelajar dengan cara yang berbeza dengan kelas biasa.
·         Meningkatkan interaksi antara pensyarah/guru dengan pelajar dan
               sesama pelajar dalam bentuk komunikasi berasaskan web.
·         Dapat berkongsi nota-nota atau buah fikiran dari rakan-rakan yang lain. 
·         Digunakan untuk muat naik gambar, memberikan tag nama kepada
               gambar, melihat orang lain, serta menulis komen dan anotasi gambar.
·         Boleh membina set gambar untuk menyusun dengan mudah dan
               menyertai kumpulan topik perbincangan bagi memupuk kesedaran
               berkomuniti.
·         Memberi peluang kepada pelajar yang menceburi bidang fotografi dan subjek seni.




c. TWITTER

·         Siaran teks dengan jumlah 140 aksara yang dipaparkan pada profil pengguna Format Tweet yang ringkas.
·         Penggunaan twitter tidak perlu saling berutus e-mel atau pesanan sms.
·         Lingkungan hubungan dengan rakan-rakan twitter dapat diperluaskan.






 ISU GENDER DALAM KECEMERLANGAN AKADEMIK

1.Perbezaan prestasi akademik di kalangan pelajar lelaki dan perempuan dalam sistem akademik.

2.Keputusan  peperiksaan awam (UPSR, PT3, dan SPM) pada setiap tahun  menunjukan   pelajar   perempuan memperoleh prestasi yang lebih baik berbanding pelajar lelaki dalam hampir kesemua mata pelajaran.

3.Dapatan kajian mendapati pelajar perempuan lebih baik dalam tugasan yang memerlukan penghafalan fakta danperaturan yang jelas.

4.Pelajar   lelaki   lebih   cenderung   kepada   tugasan berbentuk   terbuka   yang   berkaitan   dengan   situasi   yang realistik dan praktikal.

5.Berlakunya ketidakseimbangan gender di universiti dan dalam struktur kerajaan.

6.Faktor gender memberikan kelebihan semula jadi kepada wanita kerana kadar ingatan mereka lebih tinggi daripada lelaki.

7.Bentuk sistem pendidikan yang mementingkan ingatan.


 Gender adalah perbezaan sifat, peranan, fungsi, dan status antara lelaki dan perempuan.
 Peranan antara lelaki dan perempuan berubah mengikut budaya, keadaan dan situasi di mana mereka berada. Di Malaysia, terdapat Dasar Wanita Negara dan Pelan Tindakan Kemajuan Wanita.

 Tujuannya  adalah untuk :

·         membela dan memartabatkan peranan wanita dalam sesuatu komuniti.
·         meningkatkan penyertaan wanita dalam pengajian formal melalui program kaunseling kerjaya.
·         Dalam masyarakat tradisional, peranan wanita adalah terhad sebagai pembantu (supporting role) kepada kaum lelaki.
·         Wanita diberi hak yang sama dalam pelbagai aspek, misalnya pelajar lelaki dan wanita diberi peluang yang sama untuk meneruskan pendidikan mereka ke peringkat universiti.
·         Wanita telah mendominasi sistem pendidikan di Malaysia.
·         Kemasukan pelajar baru ke IPTA dikuasai oleh pelajar wanita.
·         Rancangan Malaysia ke-10, jumlah pemegang ijazah pertama dikuasai wanita.
·         Kegiatan yang negatif mungkin menyebabkan ramai pelajar lelaki yang tercicir dalam pendidikan.
·         Ramai dalam kalangan remaja lelaki yang terbabit dalam kegiatan negatif ditangkap dan diamsukkan ke pusat serenti dan penjara juvana.
·         Sehubungan itu, wanita sekarang mencari calon pasangan yang mempunyai kekukuhan kewangan.


RUMUSAN

Penyesuaian sosial dalam kalangan pelajar IPT ialah penyesuaian yang amat penting. Penyesuaian sosial yang berkesan dapat :


  • Membentuk sebuah komuniti pembelajaran pelajar di samping menunjukkan kepekaan kepada peranan isu-isu gender yang berlaku.Proses ini memudahkan segala perkongsian maklumat,ilmu pengetahuan dan pelaksanaan tugasan dalam kalangan pelajar IPT.
  • Menggalakan perkongsian maklumat,ilmu pengetahuan dan pelaksanaan tugasan dijalankan pada tahap yang paling maksimum.Dengan menggunakan kemahiran interpersonal dan intrapersonal yang terbaik,penyesuaian sosial dalam kalangan pelajar dapat dipermudahkan.

Friday, August 30, 2019

SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN (LMS)


Pengenalan

Menurut Pishva, Nishantha & Dang (2010),teknologi yang berkembang pesat telah membawa perubahan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di institusi pendidikan semenjak tahun 1999-an lagi. Kini Sistem Pengurusan Pembelajaran (SPP) atau Learning Management System (LMS) telah bertukar siri menjadi komponen penting dalam sistem pendidikan di kebanyakan university dan juga pusat pengajian tinggi. Ciri pembelajaran dan reka bentuk yang sangat unik dalam LMS ini membolehkan ianya dilaksanakan untuk pelbagai pelajar di setiap peringkat pengajian. Kebanyakan LMS mengandungi set-set alat standard yang boleh digunakan untuk memudahkan pembelajaran dan perbincangan dalam persekitaran talian. Beberapa alat (tool) seperti forum perbincangan digunakan untuk memupuk komunikasi dan pembelajaran kolaboratif. Lain-lain alat seperti penilaian dan buku gred dalam talian, digunakan untuk meningkatkan produktiviti guru dan menjejak prestasi pelajar demi memastikan kursus itu menepati objektif kurikulum.
Ciri-ciri Sistem Pengurusan Pembelajaran

Antara ciri utama Learning Management System adalah pembelajaran boleh dilakukan di mana sahaja dan pada bili-bila masa. Hal ini membolehkan pelajar menguruskan sendiri masanya dengan lebih berkesan dan produktif. Learning Management System melibatkan penggunaan kos secara efektif. Pembelajaran secara efektif melalui perpustakaan secara digital atau laman web. Melalui penggunaan Learning Management System , pelajar juga berpeluang untuk berbincang dan berkongsi maklumat dengan pakar atau pensyarah yang berpengalaman dari university atau mana-mana kawasan hanya dengan menggunakan emel.

      Learning Management System digunakan untuk merancang e-Bahan, mencari maklumat dengan pantas, pengesan pencapaian pelajar , dan mengesan status penggunaan pengguna. Antara ciri-ciri utama Learning Management System adalah seperti berikut .

      Ciri-ciri yang pertama , meletakkan bahan kursus di atas talian. Kebanyakan Learning Management System menyediakan butang yang telah diprogramkan untuk sukatan atau kandungan kursus, jadual kursus dan bahan kursus yang dikaitkan dengan pelajaran yang khusus seperti salinan bacaan dan ‘power point slides’ daripada kuliah.Selain itu , melalui Learning Management System mengesan kemajuan pelajar melalui ciri-cri penilaian. Ia juga membolehkan tenaga pengajar memberi kuiz dan ujian di atas talian dan buku gred di atas talian di mana tenaga pengajar boleh meletakkan gred pelajar.

           Ciri yang seterusnya ialah Papan dikusi ( Dicussion board ). Dengan menggunakan papan dikusi , tenaga pengajar dan pelajar boleh berdiskusi mengenai pembacaan dan menyambung diskusi kuliah di antara sesi kuliah yang formal.

           Di samping itu , ciri yang ketiga ialah alat komunikasi lain ( Other communications tools ). Dengan ini , ia membolehkan tenaga pengajar menghantar pengumuman ke kelas dan berhubung dengan pelajar secara individu. Lock box for student di mana pelajar boleh menyimpan bahan kelas di tempat yang selamat – sama ada persembahan yang akan diadakan di kelas kemudiannya atau membuat salinan kedua untuk tugasan kelas di tempat yang selamat.

        Selain daripada itu , antara ciri-ciri lain Learning Management System adalah seperti yang berikut :

  •    Memusatkan strategi pembelajaran dan pengajaran.
  •    Menggunakan perkhimatan diri dan perkhimatan kendiri berpandu.
  •    Memasang dan memyampaikan inti pembelajaran dengan cepat dan tepat.
  •    Menggabungkan kaedah latihan pada platform berasaskan web yang berskala.
  •    Mudah alih sokongan dan standard.
  •  Disesuaikan dengan kandungan dan membolehkan penggunaan semula pengetahuan.
  •   Meningkatkan perjumpaan kelas yang tidak berjadual.
  •  Meningkatkan kelas pendidikan jarak jauh yang diajar melalui media lain dan menawarkan  kelas hibrid.
  •  Menyelia kerja-kerja pelatih dan pelajar dalam bidang atau untuk memberi nasihat akaedemik.


Modul-modul Aktiviti dalam Sistem Pengurusan Pembelajaran

Platform LMS ini terdiri daripada sumber terbuka dan komersial yang setiap LMS mempunyai ciri-ciri tertentu dan boleh diubah suai oleh pihak institusi mengikut keperluan mereka. LMS menyediakan kemudahan bagi menguruskan interaksi antara pelajar dengan tenaga pengajar melalui media komunikasi. Media komunikasi yang terkandung dalam LMS ialah forum, papan buletin, e-mel dan ruang sembang (chat). Media ini merupakan media terbaik bagi tujuan komunikasi dalam e-pembelajaran.

a)    Ruangan sembang (chat)
Peserta boleh memanfaatkan ruangan sembang dengan membuat perbincangan secara maya. Cara ini bertujuan mendapatkan pemahaman antara satu sama lain terhadap topik yang dibincangkan. Mod menggunakan bilik sembang agak berbeza daripada forum dalam tipikal Internet.

b)   Forum
Forum digunakan untuk perbincangan secara tidak segerak dalam talian. Dengan melanggan forum, pelajar menerima salinan setiap post baharu melalui e-mel. Forum membenarkan pelajar dan guru menghantar komen di ruangan komen untuk merangsang perbincangan.

c)    Soal Selidik
Aktiviti soal selidik membolehkan guru membuat tinjauan untuk diisi oleh pelajar, contohnya penilaian kursus atau tinjauan terhadap bahan bacaan.

d)   Pelajaran (lesson)
Pelajaran membolehkan guru untuk membuat laluan bersyarat melalui bahan yang dibina yang terdiri daripada beberapa halaman. Setiap halaman biasanya berakhir dengan soalan dan jawapan. Sekiranya jawapan pelajar betul, mereka akan maju ke halaman seterusnya dan sekiranya jawapan itu salah, pelajar akan kembali ke halaman sebelumnya.

e)    Muat naik satu fail
Jika ingin pelajar memuat naik satu fail dan saiz fail tersebut tidak terlalu besar (dokumen MS Word, MS Excel dan lain-lain), maka mereka boleh menggunakan pilihan “muat naik satu fail” yang fungsinya hamper sama seperti ‘memuat naik fail secara terperinci’. Guru boleh menetapkan skala gred, tarikh akhir penyerahan, dasar penyerahan lewat dan dasar penyerahan semula serta saiz maksimum fail. Guru juga boleh membahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan dan minta setiap kumpulan menyerahkan satu tugasan dan penyerahan tugasan itu perlu dibuat secara makluman melaui e-mel.


Kepentingan LMS

Antara kepentingan LMS adalah pembelajaran boleh dilakukan di mana sahaja dan pada bila-bila masa.Hal ini membolehkan pelajar menguruskan sendiri masanya dengan lebih efektif.LMS melibatkan penggunaan kos secara efektif.Pembelajaran secara efektif melalui talian ini membolehkan pelajar meneroka maklumat baru menerusi perpustakaan secara digital atau laman web.Melalui penggunaan LMS,pelajar juga berpeluang untuk berbincang dengan pakar dari universiti melalui emel atau blackboard.Selain itu,LMS dapat memberikan pelbagai kemudahan samaada untuk pelajar,pengurus kursus,tutor,pengurus pusat pembelajaran.

·  Kelebihan LMS kepada pelajar adalah,dapat merancang pembelajaran,dapat berkomunikasi dengan pensyarah dan rakan sekelas secara maya dan memboleh pelbagai maklumat didapati.
·  Kelebihan LMS kepada pengurus pusat pembelajaran pula adalah,untuk menguasai penggunaan suatu perisian kursus dan dan dapat menyalur bahan dari pelbagai sumber.
·  Kelebihan LMS kepada pengurus kursus adalah,dapat mendaftarkan pelajar mengikut kursus serta dapat menjalankan program kepada pelajar.

Senarai Open Source Software yang digunakan oleh LMS.

  •   Moodle
  •   Adope captive
  •   Adope photoshop
  •   LINUX
  •   DOS
  •  UNIX



Rumusan

  •  Sistem Pengurusan Pembelajaran (SPP) atau Learning Management System (LMS) telah menjadi komponen penting dalam sistem pendidikan di kebanyakan university dan pusat pengajian tinggi.
  •  LMS mengandungi set-set alat standard yang boleh digunakan bagi memudahkan pembelajaran dan perbincangan dalam persekitaran talian.
  •  Platform LMS mempunyai 3 tahap penggunaan dengan ciri-ciri penggunaan dan akses yang berbeza, iaitu pentadbir (pengurus platform), guru (mungkin juga yang mempunyai jawatan lain contohnya, jurulatih, fasilitator, penganjur) dan pelajar (peserta).

Organisasi korporat menggunakan LMS sebagai sebahagian daripada latihan dan pengurusan pekerja.     






PENYESUAIAN SOSIAL

PENGENALAN Pembelajaran pelajar di IPT amat berbeza denagn pembelajaran pada peringkat persekolahan. Pelajar perlu mempunyai penyesuaian s...